Sunday 26 February 2012

Fenomena Baru Dalam Pendidikan Al-Quran Melanda JENGKA

Semakin hari semakin ramai yang sudah mula berkenalan dengan Teknik al-Baghdadi, fenomena ini turut sama melanda kita yang berada di DAERAH JENGKA. untuk memenuhi kehendak dan tanggungjawab bersama.QALEISH ENT telah memikul tanggungjawab dalam membantu pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengurangkan, seterusnya membasmi gejala BUTA AL-QURAN.

sebagai langkah permulaan, ALC Bandar  Jengka ( QALEISH ENT )telah menjalankan program intensif al-Quran untuk pelajar-pelajar sekolah sewaktu cuti sekolah baru-baru ini. Untuk meneruskan momentum pergerakan pengajian al-Quran, ALC Bandar Jengka telah membuka kelas-kelas pengajian al-Quran untuk golongan dewasa pula.

ALC Bandar jengka juga turut bergabung tenaga dengan ALC Pinggiran Bt Cave( Us.Zarimi B.Abu Zih ) dalam menjayakan Program Seminar Pemahaman al-Quran ( SPAQ) yang menampilkan YBHG Us.Don Daniel Bin Don Biyajid sebagai salah seorang yang membentangkan kertas kerja dalam membantu masyarakat di Jengka ini dalam lebih memahami selok belok al-Quran.
banyak lagi program-program yang disusun bagi memenuhi keperluan  masyarakat tempatan.sehubungan dengan itu, sama-samalah kita menanti dan mengimarahkan program-program yang akan kami jalankan..sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian 014-2987550

Saturday 25 February 2012

al-Baghdadi


Al-Baghdadi adalah sebuah konsultan bumiputra yang giat mengendalikan program Transformasi Pendidikan al-quran menerusi Kursus Pengajian dan Pembelajaran al-quran teknik al-Baghdadi kepada pelbagai lapisan masyarakt islam di seluruh negara.

Bersumberkan pengalaman hampir 10 tahun dalam pendidikan al-Quran, dimantapkan lagi dengan teknik kontemporari menggunakan pendekatan SAS (mengenali dan menyebut kalimat secara Struktur, Analisis dan Sintesis) beserta penggunaan Alat Bantu Mengajar ( ABM ), teknik al-Baghdadi berjaya menarik minat ramai dan menjadikan pendidikan al-Quran lebih inovatif, efektif dan futuristik. lebih menarik suasana pembelajaran amat menyeronokkan.

Al-Baghdadi turut menampilkan beberapa modul program menerusi Kursus Asas Teknik al-Baghdadi, Kursus Perunding sebagai syarat menjadi guru / usahawan teknik al-Baghdadi, Kursus Pendidikan teknik al-Baghdadi Pra Sekolah, Kem Smart Quran ( KSQ )untuk remaja, bengkel tajwid, Kelab al-Baghdadi ( kelas pemulihan al-Quran dewasa dan kanak-kanak) dan Latihan teknik serta siri taklimat di mana-mana.

Alhamdulillah, teknik al-Baghdadi telah mempermudahkan tugas guru al-Quran di kelas-kelas pengajian dan mencetuskan keceriaan di kalangan pelajar/peserta. Berdasarkan testimoni,program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan sejak mula diperkenalkan pada Mei 2009. Setakat ini, lebih 9000 peserta telah mengikuti kursus ini yang terdiri dari kalangan guru-guru, pensyarah, warga kerja, ibu bapa, mahasiswa, pelajar, remaja dan termasuklah kanak-kanak yang dijalankan di seluruh negara